Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI

Cekap, Telus, Berwawasan

Undi Anda Hak Anda!

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Kepada semua ahli PERMAI di sini kami menyatakan beberapa pandangan ulama' berkaitan dengan pandangan mengenai kewajipan mengundi. Kami pihak JPR mengharapkan agar ahli membaca dahulu artikel ini sebelum sibuk berkempen untuk calon masing-masing. Bagi mereka yang tidak mengambil kisah tentang apa yang berlaku di PERMAI, kami harap mereka sedarlah , hiduplah di waqi' anda sekarang. Jangan hebat cerita berapi-api keadaan di Malaysia mahupun Palestin, tapi di depan mata sendiri dekat Irbid ni, langsung tidak ambil endah apa yang berlaku tentang pelajar Melayu di sini. Kami tidaklah menyalahkan mereka yang sensitif dengan saudara mereka yang jauh di sana tetapi jangan lupa pula keadaan yang di sekelilingnya. Gajah di depan mata tidak nampak, kuman di seberang nampak.


Hakikat Mengundi
(ditulis oleh: Abdul Ghani Samsudin dan diedit oleh JPR PERMAI)

Ada beberapa pandangan yang ditampilkan oleh ulama mengenai kewajipan mengundi ini.


(a) Ada yang mengatakan bahawa kewajipan mengundi ialah suatu syahadah atau kewajipan seperti yang disebut oleh Allah dalam Surah al Talaq:2, Al Nisa' 135,, al Baqarah:283, alMaidah:8. Ringkasan penghujahan mereka ialah: bahawa Allah telah mewajibkan seseorang itu menampilkan kesaksiannya (syahadah) dengan jujur dan benar.

Allah melarang umat Islam menyembunyikan kesaksian. Allah berfirman:Al Baqarah 283, maksudnya: "Janganlah kalian menyembunyikan syahadah, siapa yang menyembunyikan kesaksian maka ia adalah manusia yang (hatinya) berdosa."Penyembunyian syahadah tidak hanya dengan keengganan melaksanakan syahadah tetapi juga dengan menafikan yang hak dan kebenaran dengan tidak menyokong dan menonjolkan kebenaran itu; sebaliknya mendokong dan menyokong kebatilan. Menyokong dan memenangkan kebatilan adalah satu bentuk dari kejahatan menyembunyikan kebenaran. Perbuatan ini –tidak ada khilaf ulama – hukumnya adalah haram dalam Islam. Syahadah mesti dilaksanakan kerana Allah bukan kerana yang lain seperti wang, pembangunan, kesenangan atau keuntungan kebendaan. Oleh kerana pilihanraya dan mengundi dalam pilihanraya itu adalah satu bentuk syahadah maka pertimbangan dalam membuat pilihan siapa yang patut diundi itu mesti kerana Allah. Dengan lain-lain perkataan sampai di mana calon atau parti yang diwakili oleh seseorang itu memihak dan mahu melaksanakan perintah Allah. Sebab itu rasuah dalam pengundian diharamkan dalam Islam justeru itu satu pembelotan dan pengkhianatan terhadap Allah. Atau lebih jelas adalah kerana perbuatan itu bermakna tidak bersyahadah kerana Allah; sebaliknya kerana duit atau habuan kebendaan. Perbuatan seperti ini adalah ditegah oleh syara'.Rasulullah bersabda: "Allah mengutuk orang yang memberi dan menerimarasuah" Hadith riwayat Ahmad , al Tabrani dan Abu Daud dan Termizi. Ia mengatakan bahawa hadith itu adalah hadith Hasan. Dalam setengah riwayat ditambah dengan ungkapan : .. "dan orang yang menjadi perantara kepada pemberi dan penerima rasuah."


b) Kewajipan mengundi adalah unjuran dari kewajipan amr makruf dan nahi anil munkar yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Ia suatu jihad madani untuk mendokong kebenaran dan menumpaskan kebatilan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran ia hendaklah merubah (mencegahnya) dengan tangan(kuasa).Kalau tidak berdaya maka dengan lisan."Fatwa Islam online menegaskan: (Pengubahan dan pencegahan dengan lisan tidak semestinya bermakna pengubahan dengan perbuatan. Ia bermakna pengubahan dengan membuat teguran terhadap kemungkaran itu sendiri. Salah satu mekanisme menegur kemungkaran ialah apabila seorang ahli parlimen yang pandangannya lumrah diterima oleh orang ramai menegur kemungkaran berkenaan bagi pihak rakyat di parlimen. Teguran seperti itu tentu mudah diterima oleh orang ramai, di samping akan disebar luaskan oleh media massa.)

c) Kewajipan mengundi adalah seumpama kewajipan mentazkiah atau merekomenkan seseorang untuk memegang suatu jawatan dan tanggungjawabpenting dalam negara.

d) Tugas mengundi adalah merupakan penunaian amanah untuk memberi mandat kuasa kepada seseorang yang layak dan soleh untuk memerintah dan menguruskan negara di lokaliti masing-masing. Perawi hadith meriwayatkan: "Ketika Nabi sedang memberi bimbingan(tazkirah) kepada orang ramai tiba-tiba datang seorang Arab Badwi bertanya: Bilakah kiamat? Tapi Rasulullah terus sahaja bercakap. Lalu kata segolongan; beliau dengar tapi beliau tidak suka dengan soalan itu. Segolongan yang lain pula berrpendapat ; beliau tidak dengar pertanyaan itu. Sehinggalah apabila selesai tazkirah baginda bertanya: siapa yang bertanya mengenai kiamat tadi. Orang itu menjawab, sayalah wahai Rasulullah. Rasulullah menjawab: Apabila disia-siakan amanah maka tunggulah kiamat. Orang itu bertanya pula: Bagaimana yang dikatakan mensia-siakan amanah ? Bagina menjawab: Apabila sesuatu itu diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat.

"Menurut Dr. Walid Rabi' Mahaguru Syariah di Universiti Kuwait asassyariah, tanggungjawab mengundi ini berkisar sekitar dua teras sahaja :

Pertama: Ia merupakan kesaksian dari pengundi tentan layaknya calon yang diundi untuk melaksanakan amanah dan tanggongjawab memikul tugas-tugas awam.

Kedua: Ia merupakan suatu rekomendasi "Tazkiah" pengundi untuk calon. Rekomendasi adalah termasuk dalam persoalan pengadilan atau kehakiman; di mana seseorang itu merekomenkan kelayakan seseorang saksi di hadapan hakim. Para ulama fiqh menetapkan bahawa saksi yang mendapat" tazkiah" sama dengan saksi pendakwaan dalam beberapa perkara. Antaranya mereka perlu memiliki kewarasan akal yang sempurna, kuat ingatan, mampu memikul tugas, adil, tidak buta, boleh bertutur, tidak pernah kena hukuman hudud sepeti qazaf, tidak ada pertalian kerabat yang menghalang penerimaan kesaksian di samping kesaksiannya terlepas dari membawa kepenting diri kepada saksi itu sendiri. Pendek kata keseluruhan huraian di atas adalah menjadi asas kepada kewajiban mengundi dalam Islam.

Umat tidak dapat lari dari memikul tanggungjawab di dunia dan di akhirat apabila mengkhianati tugas dan kewajiban mengundi sehingga menobatkan para pemimpin korup, sesat dan tidak bermoral atau kredebiliti.

Ingatlah undi dan hak pengundian anda adalah amanah Allah dan rakyatkepada anda. Anda wajib menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan demi Allah semata-mata. Allah berfirman dalam Surah al-Taubah ayat 40, maksudnya: "Mengapa kalian tidak mahu menyokongnya (perjuangan Muhammad atau perjuangan Islam ) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya ketika orang-orang kafir mengusirnya keluar (darikota Mekah) sehingga beliau menjadi salah seorang dari dua orang(pelarian).(Ingatlah juga) ketika mereka berdua dalam gua dan diaberkata kepada temannya; jangan bimbang, Allah bersama kita. (Justeruitu ) Allah turunkan rasa tenteram dalam jiwanya, Allah bantu diadengan tentera yang mereka tidak nampak. (Malah) Allah jadikan dasar perjuangan orang kafir hina dan rendah. (Sebaliknya) Allah julangkanperjuangan atas nama Allah (Islam). Memang Allah maha perkasa mahabijaksana."

(dipetik dari
http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/8042)

0 comments:

Post a Comment

Diharapkan supaya anda memberi komen dengan meletakkan nama anda. 'Anonymous' tidak dibenarkan.