Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI

Cekap, Telus, Berwawasan

Undi Anda Hak Anda!

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Antara gambar-gambar yang sempat ditangkap :




Ozi turut mengambil peranan menjaga kotak undi.












Basyar tersenyum ceria setelah menjadi orang terakhir sesi pertama.












Pengarah sedang memikirkan cara paling cepat mengira undi.










































Salah seorang AJK yang masih sempat mengulangkaji pelajaran.












Bakal mantan Presiden (ketika itu) .







Salah seorang calon pilihanraya.

Presiden : Muhammad Naqeb bin Sulaiman (198 undian)
Ketua Helwi : Fathiyah binti Idris (199 undian)

Ahli Majlis Tertinggi :
Siswa:
JUST :
1) Muhammad Naqeb bin Sulaiman (306 unidan)
2) Ahmad Ikhwan bin Subberi (275 undian)
3) Muhammad Arif Hakimi bin Mohd Noor (244 undian)
4) Muhammad Afiq Muiz bin Arifin (225 undian)

Uni. Yarmouk :
1) Ahmad Amirul Amin bin Azmi (268 undian)
2) Muhammad Zaid bin Daud (203 undian)

Siswi :
JUST :
1) Fathiyah binti Idris (290 undian)
2) Siti Mariah Azzakirah binti Roslan (247 undian)
3) Farhanah binti Tajurudin (186 undian)

Uni. Yarmouk :
1) Nor Azimah binti Nordin (182 undian)

undi rosak : siswa : 7.52% (10 daripada 133 undian)
siswi : 5.80% (12 daripada 207 undian)

Siswa :
Jordan University of Science and Technology : 70.87%
Universiti Yarmouk : 76.79%
Keseluruhan : 72.68%

Siswi :
Jordan University of Science and Technology : 75.98%
Universiti Yarmouk : 92.21%
Keseluruhan : 80.86%

Peratusan keluar mengundi keseluruhan : 77.45%

Assalamualaikum,

Berikut merupakan peratusan pengundian sesi pertama (8.00pg-12.00tgh bagi siswa dan 8.00pg-1.00ptg bagi siswi).

Siswa : 9.84 % (18/183)
Siswi : 14.40% (36/250)

Harap maklum.

Assalamualaikum,

Makluman kepada semua ahli siswa PERMAI, waktu rehat sebelum solat Jumaat adalah pada pukul 12.00tgh. Tempat pengundian akan dibuka semula selepas solat Jumaat pada pukul 2.15ptg.

Oleh itu, saluran pengundian akan ditutup dalam tempoh waktu tersebut.

Harap maklum.

Assalamualaikum,

Makluman kepada semua ahli PERMAI, hari pembuangan undi pada hari ini adalah dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Oleh itu, diminta kepada semua ahli PERMAI untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Juga kepada yang pergi mengundi, diingatkan agar anda membawa kad pelajar anda. Maklumat lanjut boleh rujuk surat yang diedarkan tempoh hari.

Harap maklum.

Ingin tahu hukum mengundi?
Ingin tahu trend pilihanraya PERMAI?
Apa pandangan Islam tentang demokrasi?

Mari tonton Suara Kotak Undi...



Assalamualaikum,

Kepada semua ahli PERMAI, JPR pada tahun ini mengorak langkah untuk membawa suatu pembaharuan dalam mempromosikan Pilihanraya PERMAI.




Pada tahun ini, kami berbesar hati untuk menganjurkan satu rancangan talk show yang terdiri daripada dua ahli panel. Rancangan ini akan dirakam dan disiarkan dalam blog ini, insya-Allah.

Siapakah ahli-ahli panel tersebut? Apakah tajuk-tajuk yang bakal dibincangkan? Nantikan, rancangan "Suara Kotak Undi".

Assalamualaikum,

Berikut merupakan rakaman studio rancangan U-wartawan di Astro Awani suatu ketika dahulu. Mungkin perkara yang dibincangkan melibatkan suasana di Malaysia, namun kita masih boleh mengambil beberapa manfaat daripadanya, insya-Allah.



Assalamualaikum,

Makluman kepada semua ahli PERMAI, taklimat kepada calon-calon pilihanraya PERMAI telah berlangsung pada pukul 6.30 petang 12 Julai 2009 bertempat di Bayt AFA.




Taklimat tersebut telah diberikan oleh Pengarah JPR, saudara Umeir bin Shahrum.

Antara perkara yang disebut dalam taklimat itu ialah penerangan syarat-syarat berkempen.

Taklimat berakhir kira-kira pukul 7.30 malam.

Harap maklum.

Kepada semua ahli PERMAI di sini kami menyatakan beberapa pandangan ulama' berkaitan dengan pandangan mengenai kewajipan mengundi. Kami pihak JPR mengharapkan agar ahli membaca dahulu artikel ini sebelum sibuk berkempen untuk calon masing-masing. Bagi mereka yang tidak mengambil kisah tentang apa yang berlaku di PERMAI, kami harap mereka sedarlah , hiduplah di waqi' anda sekarang. Jangan hebat cerita berapi-api keadaan di Malaysia mahupun Palestin, tapi di depan mata sendiri dekat Irbid ni, langsung tidak ambil endah apa yang berlaku tentang pelajar Melayu di sini. Kami tidaklah menyalahkan mereka yang sensitif dengan saudara mereka yang jauh di sana tetapi jangan lupa pula keadaan yang di sekelilingnya. Gajah di depan mata tidak nampak, kuman di seberang nampak.


Hakikat Mengundi
(ditulis oleh: Abdul Ghani Samsudin dan diedit oleh JPR PERMAI)

Ada beberapa pandangan yang ditampilkan oleh ulama mengenai kewajipan mengundi ini.


(a) Ada yang mengatakan bahawa kewajipan mengundi ialah suatu syahadah atau kewajipan seperti yang disebut oleh Allah dalam Surah al Talaq:2, Al Nisa' 135,, al Baqarah:283, alMaidah:8. Ringkasan penghujahan mereka ialah: bahawa Allah telah mewajibkan seseorang itu menampilkan kesaksiannya (syahadah) dengan jujur dan benar.

Allah melarang umat Islam menyembunyikan kesaksian. Allah berfirman:Al Baqarah 283, maksudnya: "Janganlah kalian menyembunyikan syahadah, siapa yang menyembunyikan kesaksian maka ia adalah manusia yang (hatinya) berdosa."Penyembunyian syahadah tidak hanya dengan keengganan melaksanakan syahadah tetapi juga dengan menafikan yang hak dan kebenaran dengan tidak menyokong dan menonjolkan kebenaran itu; sebaliknya mendokong dan menyokong kebatilan. Menyokong dan memenangkan kebatilan adalah satu bentuk dari kejahatan menyembunyikan kebenaran. Perbuatan ini –tidak ada khilaf ulama – hukumnya adalah haram dalam Islam. Syahadah mesti dilaksanakan kerana Allah bukan kerana yang lain seperti wang, pembangunan, kesenangan atau keuntungan kebendaan. Oleh kerana pilihanraya dan mengundi dalam pilihanraya itu adalah satu bentuk syahadah maka pertimbangan dalam membuat pilihan siapa yang patut diundi itu mesti kerana Allah. Dengan lain-lain perkataan sampai di mana calon atau parti yang diwakili oleh seseorang itu memihak dan mahu melaksanakan perintah Allah. Sebab itu rasuah dalam pengundian diharamkan dalam Islam justeru itu satu pembelotan dan pengkhianatan terhadap Allah. Atau lebih jelas adalah kerana perbuatan itu bermakna tidak bersyahadah kerana Allah; sebaliknya kerana duit atau habuan kebendaan. Perbuatan seperti ini adalah ditegah oleh syara'.Rasulullah bersabda: "Allah mengutuk orang yang memberi dan menerimarasuah" Hadith riwayat Ahmad , al Tabrani dan Abu Daud dan Termizi. Ia mengatakan bahawa hadith itu adalah hadith Hasan. Dalam setengah riwayat ditambah dengan ungkapan : .. "dan orang yang menjadi perantara kepada pemberi dan penerima rasuah."


b) Kewajipan mengundi adalah unjuran dari kewajipan amr makruf dan nahi anil munkar yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Ia suatu jihad madani untuk mendokong kebenaran dan menumpaskan kebatilan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran ia hendaklah merubah (mencegahnya) dengan tangan(kuasa).Kalau tidak berdaya maka dengan lisan."Fatwa Islam online menegaskan: (Pengubahan dan pencegahan dengan lisan tidak semestinya bermakna pengubahan dengan perbuatan. Ia bermakna pengubahan dengan membuat teguran terhadap kemungkaran itu sendiri. Salah satu mekanisme menegur kemungkaran ialah apabila seorang ahli parlimen yang pandangannya lumrah diterima oleh orang ramai menegur kemungkaran berkenaan bagi pihak rakyat di parlimen. Teguran seperti itu tentu mudah diterima oleh orang ramai, di samping akan disebar luaskan oleh media massa.)

c) Kewajipan mengundi adalah seumpama kewajipan mentazkiah atau merekomenkan seseorang untuk memegang suatu jawatan dan tanggungjawabpenting dalam negara.

d) Tugas mengundi adalah merupakan penunaian amanah untuk memberi mandat kuasa kepada seseorang yang layak dan soleh untuk memerintah dan menguruskan negara di lokaliti masing-masing. Perawi hadith meriwayatkan: "Ketika Nabi sedang memberi bimbingan(tazkirah) kepada orang ramai tiba-tiba datang seorang Arab Badwi bertanya: Bilakah kiamat? Tapi Rasulullah terus sahaja bercakap. Lalu kata segolongan; beliau dengar tapi beliau tidak suka dengan soalan itu. Segolongan yang lain pula berrpendapat ; beliau tidak dengar pertanyaan itu. Sehinggalah apabila selesai tazkirah baginda bertanya: siapa yang bertanya mengenai kiamat tadi. Orang itu menjawab, sayalah wahai Rasulullah. Rasulullah menjawab: Apabila disia-siakan amanah maka tunggulah kiamat. Orang itu bertanya pula: Bagaimana yang dikatakan mensia-siakan amanah ? Bagina menjawab: Apabila sesuatu itu diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat.

"Menurut Dr. Walid Rabi' Mahaguru Syariah di Universiti Kuwait asassyariah, tanggungjawab mengundi ini berkisar sekitar dua teras sahaja :

Pertama: Ia merupakan kesaksian dari pengundi tentan layaknya calon yang diundi untuk melaksanakan amanah dan tanggongjawab memikul tugas-tugas awam.

Kedua: Ia merupakan suatu rekomendasi "Tazkiah" pengundi untuk calon. Rekomendasi adalah termasuk dalam persoalan pengadilan atau kehakiman; di mana seseorang itu merekomenkan kelayakan seseorang saksi di hadapan hakim. Para ulama fiqh menetapkan bahawa saksi yang mendapat" tazkiah" sama dengan saksi pendakwaan dalam beberapa perkara. Antaranya mereka perlu memiliki kewarasan akal yang sempurna, kuat ingatan, mampu memikul tugas, adil, tidak buta, boleh bertutur, tidak pernah kena hukuman hudud sepeti qazaf, tidak ada pertalian kerabat yang menghalang penerimaan kesaksian di samping kesaksiannya terlepas dari membawa kepenting diri kepada saksi itu sendiri. Pendek kata keseluruhan huraian di atas adalah menjadi asas kepada kewajiban mengundi dalam Islam.

Umat tidak dapat lari dari memikul tanggungjawab di dunia dan di akhirat apabila mengkhianati tugas dan kewajiban mengundi sehingga menobatkan para pemimpin korup, sesat dan tidak bermoral atau kredebiliti.

Ingatlah undi dan hak pengundian anda adalah amanah Allah dan rakyatkepada anda. Anda wajib menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan demi Allah semata-mata. Allah berfirman dalam Surah al-Taubah ayat 40, maksudnya: "Mengapa kalian tidak mahu menyokongnya (perjuangan Muhammad atau perjuangan Islam ) pada hal Allah sendiri telah menyokongnya ketika orang-orang kafir mengusirnya keluar (darikota Mekah) sehingga beliau menjadi salah seorang dari dua orang(pelarian).(Ingatlah juga) ketika mereka berdua dalam gua dan diaberkata kepada temannya; jangan bimbang, Allah bersama kita. (Justeruitu ) Allah turunkan rasa tenteram dalam jiwanya, Allah bantu diadengan tentera yang mereka tidak nampak. (Malah) Allah jadikan dasar perjuangan orang kafir hina dan rendah. (Sebaliknya) Allah julangkanperjuangan atas nama Allah (Islam). Memang Allah maha perkasa mahabijaksana."

(dipetik dari
http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/8042)

Assalamualaikum,

Berikut merupakan syarat-syarat berkempen yang telah diputuskan oleh JPR dan terguna pakai untuk semua ahli PERMAI.

1) Menjaga syariat dan adab semasa berkempen.
2) Setiap kempen hendaklah dimaklumkan kepada calon.
3) DILARANG membuat kempen yang berunsur kenegerian.
4) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik Malaysia.
5) DILARANG membuat kempen yang boleh memburukkan nama calon-calon lain.
6) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik wangseperti rasuah, sogokan dan lain-lain yang difikirkan oleh JPR tidak patut dilakukan.
7) Sebarang kempen dalam bentuk bertulis perlu mendapat kelulusan rasmi JPR terlebih dahulu.
8) Tempoh berkempen bermula dari hari Ahad, 12 Julai 2009, jam 7.30 malam dan akan berakhir pada hari Khamis, 16 Julai 2009, jam 11.59 malam.
9) Pihak JPR berhak menghentikan atau menolak sebarang kempen yang difikirkan tidak sesuai.

Surat akan diedarkan kepada semua ahli PERMAI.

Harap maklum.

Assalamualaikum,

Merujuk artikel "Carta aliran pencalonan", tempoh berkempen adalah daripada 14 Julai 2009 sehingga hari pembuangan undi.

Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut salah.

Sehubungan dengan itu, JPR memaklumkan bahawa tempoh berkempen sebenar bermula sejurus selepas taklimat kepada calon-calon pada 12 Julai 2009 sehingga 16 Julai 2009 iaitu sehari sebelum pembuangan undi.

Segala kesilapan amat dikesali. JPR memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Harap maklum.

Lokasi: mat3am Abu Mahmud, Syari3 Jameah.
Masa: 9.59 pm (lepas isya’)
Bermulalah perbualan 3 sahabat karib…..

A: kenapa ye kita perlu mengundi?
B: entah. Aku ikut orang je. Orang suruh aku mengundi, aku ikut ah.
C: astaghfirullahalazim. Korang ni, dah bertahun-tahun mengundi takkan tak tau lagi kepentingan mengundi? Ni aku nak tunjuk satu artikel dari JPR, diorang suruh aku tolong sebarkan. Korang tengok la.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baginda Rasulullah S.A.W ada menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud dengan sanadnya yang Hasan.

Jelas daripada apa yang ditegaskan dalam hadis di atas, menunjukkan kalau orang Islam yang berada dalam keadaan musafir pun perlu memilih ketua bagi menghalakan perjalanan yang betul dan diredai Allah, apatah lagi mereka berada dalam keadaan bermukim dalam satu negara, daerah atau kawasan, sudah tentu memilih ketua (pemimpin) itu adalah menjadi lebih wajib bagi menentukan hala tuju rakyat dengan pelaksanaan hukum-hukum syariat Islam.

Oleh itu, inilah tugas kita sebagai ahli PERMAI. Membuat undian untuk kepimpinan kita menjadi satu TANGGUNGJAWAB buat semua ahli PERMAI. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (Al Qasas:26). Buatlah pilihan yang bijak!

Maka kami dari pihak Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) PERMAI ingin menyeru kepada sahabat-sahabat PERMAI sekalian untuk bersama-sama turun padang menjalankan amanah anda! Ingatlah, undian anda amatlah bernilai.


Jadi jangan lupa temujanji anda 17 Julai 2009 ini, AYUH PERGI MENGUNDI!!!



“Cekap, Telus, Berwawasan”

Assalamualaikum,

Berikut merupakan statistik pencalonan bagi siswa :

Peratus borang pencalonan diterima : 68.71%
Peratus borang pencalonan tidak diterima : 31.29%

Peratus borang pencalonan sah : 96.43%
Peratus borang pencalonan rosak : 3.57%

JUST:
Peratus borang pencalonan diterima : 65.9%
Peratus borang pencalonan tidak diterima : 34.1%

Universiti Yarmuk:
Peratus borang pencalonan diterima : 71.4%
Peratus borang pencalonan tidak diterima : 28.6%


Harap maklum.

Assalamualaikum,

Berikut merupakan carta aliran gerak kerja JPR untuk fasa pencalonan :

1) Borang pencalonan dikutip. (Khamis, 9 Julai 2009)
2) Pengiraan borang pencalonan dan mesyuarat jawatankuasa. (Jumaat, 10 Julai 2009)
3) Pemberitahuan kepada calon-calon dan pemberian tempoh undur diri. (Jumaat, 10 Julai 2009-Sabtu, 11 Julai 2009 : 7.30pm)
4) Pengumuman penamaan calon. (Sabtu, 11 Julai 2009 : 10.50pm)
5) Pengedaran surat kepada semua ahli PERMAI berkenaan senarai nama calon dan juga hal-hal berkaitan seperti syarat-syarat berkempen dan sebagainya. (Isnin, 13 Julai 2009)
6) Tempoh berkempen. (14 Julai 2009 sehingga hari pembuangan undi)

Harap maklum.

assalamualaikum..

kepada semua ahli-ahli PERMAI yang ternanti-nanti nama-nama calon bagi siswi,berikut pula adalah senarai nama bagi calon-calon siswi yang layak diundi pada pilihanraya 17 haribulan ini.

pelajar University Of Science And Technology (JUST):

1)Farhanah binti Tajurudin
2)Nadhirah binti Sahri
3)Fathiyah binti Idris
4)Husna Madiha binti Zainul Abidin
5)Rasyidah Arina binti Zahari
6)Siti Mariah Azzakirah binti Roslan



pelajar universiti Yarmouk:

1)Arikah binti Sa'don
2)Nor Azimah binti Nordin
3)Nor Farhindun binti Bambang Susilo



Kami JPR memohon maaf atas kelewatan pengumuman kerana memberi tempoh kepada calon untuk menerima atau menolak pencalonan.


Harap Maklum.

Assalamualaikum,

Berikut adalah senarai nama calon-calon pilihanraya ahli majlis tertinggi PERMAI sesi 2009-2010 bagi siswa.

Pelajar Jordan University of Science and Technology : (mengikut abjad)

1) Ahmad Faiz bin Azra'in
2) Ahmad Fakrurrozi bin Mohamad
3) Ahmad Ikhwan bin Subberi
4) Muhamad Afiq Mu'iz bin Arifin
5) Muhamad Arif Hakimi bin Mohd. Noor
6) Muhammad Naqeb bin Sulaiman

Pelajar Universiti Yarmuk : (mengikut abjad)

1) Afifuddin Abdulmuiz bin Hamid
2) Ahmad Amirul Amin bin Azmi
3) Mohd Zaid bin Daud
4) Muhammad Sahel bin Nordin

Kami JPR memohon maaf atas kelewatan pengumuman kerana memberi tempoh kepada calon untuk menerima atau menolak pencalonan.

Pihak kami juga akan turut mengedarkan surat kepada setiap ahli PERMAI pada 13 Julai 2009 untuk memaklumkan sekali lagi senarai nama calon-calon.

Harap maklum.



Tahukah anda?

Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI (JPR) tidak tertakluk bawah bidang kuasa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PERMAI.

Segala arahan dan peraturan yang dipersetujui dalam mesyuarat JPR tidak boleh disanggah atau dibatalkan oleh AMT PERMAI selagi tidak menyalahi perlembagaan PERMAI.

Assalamualaikum.

Seperti yang semua sudah maklum, pilihanraya PERMAI kali keenam akan diadakan pada 17 Julai 2009. Ketika ini, tempoh pencalonan sedang dijalankan.

Untuk makluman semua, pengurusan JPR pada kali ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pencalonan yang sedang mengambil tempat ketika ini, fasa selepas pencalonan sehingga pilihanraya dan fasa hari pembuangan undi itu sendiri.

Oleh itu, segala cadangan yang bernas daripada ahli-ahli PERMAI sekalian amatlah dialu-alukan untuk memantapkan lagi pengurusan dan ketelusan selari dengan moto kami iaitu Cekap, Telus dan Berwawasan.

Terima Kasih.

Assalamualaikum,

Merujuk perkara di atas, semua peserta Karnival Akademik dan Kebudayaan MPPMJ yang akan mengambil bahagian dalam karnival tersebut di Mafraq pada 10hb. Julai ini, anda semua diminta untuk menghantar borang pencalonan pemilihan Majlis Tertinggi PERMAI selewat-lewatnya pada 9hb. Julai 2009 pukul 4.00 petang (lebih awal daripada pelajar-pelajar lain).

Kepada semua ahli Permai, sesiapa sahaja yang masih lagi belum menerima borang pencalonan (kecuali kepada graduan), sila dapatkannya daripada saudara Umeir bin Shahrum.

Terima Kasih.

Yang menjalankan amanah,
JPR09